Stars and Moon!

Istikharah Cinta




Assalamulaikum , lagu ini yang sering aku dengar tanpa henti setelah apa yg telah terjadi , hayati lah liriknya :')



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

Dollita Bintang :)


Assalamualaikum :)
Dollita Khairunisa ,  itulah nama glamour si cantik molek yang bertudung dalam gambar tu , ohoyyy aku sayang dia weh , haa berani kidnap dia , aku sembelih korang , haa garang tak ? ade rupa kak yong mcm dalam bini biniku gengster ? eh perasannya lah si yaya nie , haha aku panggil dia nysa , kita orang kenal since hari pertama masuk dekat hostel , mula mula tak lah rapat mana pun , tak berapa ngam sebab masa tu rapat dengan orang lain tetapi kita orang berkawan 5 orang mase tu , kira satu geng lah , belum jadi mcm belangkas lagi masa tu , then after ade conflict semua tu , baru lah aku rapat dengan dia , kenal dia dengan lebih mendalam , orang kata tak kenal maka tak cinta kan , actually mungkin ada hikmah disebalik semua conflict tu , tuhan tunjukkan siapa orang orang yang aku jaga sebelum ini , siapa orang yang aku baik baikkan selama ini , Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak permainan di dunia ini , terlalu banyak manusia manusia yang hipokrit , bukan berkata kerana diri ini sempurna , diri ini pun masih banyak kelemahan , keburukan dan kekurangannya Ya allah , walau macam mana mereka mengata aku , mengejek aku , mengkeji aku , menghina aku , tidak suka kan aku atau apa , aku takkan berkata banyak malah membangkang , aku hanya akan diam dan melihat sejauh manaa mereka akan pergi , tidak akan pernah aku membalas dendam kerana aku tahu , ALLAH ITU MAHA ADIL , bersyukurnya diri ini kerana dihadirkan sifat penyabar , bersyukurnya diri ini kerana menghadirkan NUR KHAIRUNISA sebagai sahabat yang sentiasa disisi aku , tidak akan aku mengeluh kehilangan kawan sejumlah mana pun , yang penting sahabat ini , yang berjanji dengan aku untuk menjadi BEST FRIEND FOREVER , tidak akan melukakan hati aku sepertimana mereka yang lain lakukan , tidak akan menghancurkan kepercayaan yang aku berikan pada dia ,  ya allah sesungguhnya aku terlalu mempercayai nysa , janganlah kau rosakkan kepercayaan ini , kepercayaan yang teramat susah untuk orang dapatkan , mahupun kekasihku :) , lain orang lain ragamnya , Hahaha dia nie kasar, mula mula macam tak berapa faham jugak , lama lama tu dah biasa dah dengan cara dia , baik buruk dia aku terima dia seadanya , tak jumpa berapa hari dah rindu :( , sebab tu even tak jumpa pun still chatting lah , skype lah bagai , eh macam orang dah bercinta pulak , parah parah , haha , sometimes bila aku takde mood mungkin aku akan terkasar sikit , tetapi aku takde niat pun semua tu , well dia baik , dia baik dengan aku , aku akan jaga dia macam aku jaga orang yang aku sayang , Ya Allah permudahkanlah persahabatan kami , mohon dipanjangkan persahabatan ini , Ya Allah jadikanlah dia sahabat sehidup sematiku , bukan hanya di dunia ini Ya Allah malah di akhirat nanti , Amin ya rabbal alamin :)

Bersama berkongsi ilmu pengetahuan



Bulan dan Bintang




Assalamualaikum :)
Biar hati aku mendengar , 
Biar sejadah menjadi saksi tangisan aku,
Biar Tuhan yang mendengar , 
Biar Bulan dan Bintang tempat mengadu , 
Biar langit menjadi saksi kesakitan aku :')

Older Post | Newer Post