Stars and Moon!

Inilah Kehidupan :')




Assalamualaikumm ,
selamat pagi followers , ah mungkin sedikit bosan kerana seringkali aku meluahkan rasa sedih dan terluka di sini , ah jarang sekali lah aku menceritakan kegembiraan aku , insyallah aku akan lebih menceritakan setiap kegembiraan yang teerjadi dalam hidup aku cuma sejak kebelakangan ini lebih banyak kesukaran dan dugaan yang dihadapi daripada kebahagiaan , seringkali aku ingatkan diri aku , ' janganlah kau berdendam dengan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti kamu , sebaliknya berdoa semoga dia sedar akan kesilapannya ' dan aku tidak pernah mencuba untk membalas dendam kerana aku sedar siapa diri aku untuk membalas dendam kepada manusia lain sedangkan aku hanya insan yang lemah , biarlah itu semua Allah yang lakukan kerana Allah maha adil , aku sering bersiap sedia dengan apa sahaja risiko akibat perbuatan aku , manusia seringkali terlupa untk berfikir dahulu sebelum bertindak , dalam aku sibuk menjaga hati dan perasaan orang lain , aku yang terluka , disebabkan kelukaan aku hilang diri aku , aku menjadi seseorang yang entah tidak ku tahu sejak bila begini , orang sentiasa menceritakan segala masalah kepada ibu bapa mereka , tetapi tidak pada aku , aku lebih suka memendam dan menceritakan pada Allah , ada sedikit keanehan kerana aku suka melihat bintang dan bercakap pada bintang apabila aku bersedih dan anehnya aku merasa tenang selepas itu , jika ditanya pada airmata berapa banyak sudah mengalir , ku yakin jawapannya , sepanjang diriku mengalami kesukaran dlm kehidupan , aku merasa pelik mengapa tidak pernah pulak keluar airmata darah ? eh apakah , bukan pengecut tetapi aku penat , penat nak menerangkan dan cuba untk orang memahami kesukaran aku tetapi mereka memilih untuk percaya pada apa yang di nampak , disebabkan itu aku hanya berdiam saat aku tidak mahu meneruskan persengketaan , aku akui kdg kdg aku sangat bersikap tidak matang , mana hilangnya yaya yang dulu tidak aku ketahui , aku berdiri setiap kali aku jatuh , tetapi mengapa sukar untuk sekarang aku berdiri saat aku jatuh , mana hilangnya segala semangat aku , mana hilangnya senyuman saat aku bersedih dan terluka , mana hilangnya aku yang masih boleh teruskan hidup walau sesulit mana aku hadapi , kini aku sedar , hilang sudah segala ketabahan dan kekuatan aku hanya disebabkan cinta :')






Older Post | Newer Post